Alhamdulillah. Walaupun tidak gah dan serancak freelance designer lain dalam membina kerjaya dan portfolio, saya bersyukur sebab banyak juga pengalaman dalam bidang rekabentuk grafik, blog dan web yang telah saya perolehi.
Memandangkan sudah lebih sedekad, maka saya decide untuk rebranding jenama perkhidmatan saya ini. Tujuannya supaya client rasa lebih yakin untuk berkerjasama dengan saya.
Bukanlah satu perubahan yang besar pun. Saya cuma rebrand design logo dan juga tagline bisnes saya. Kalau dulu logo nampak 'gelap', yang terkini lebih 'cerah'. Susun atur logo juga saya ubah sedikit. Tagline yang dulu mungkin nampak sweet, yang terkini lebih premium dan classy. Sepadan dengan pengalaman yang telah dibina.
![]() |
| Transformasi Logo SF Design Lab |
Alhamdulillah. Akhirnya saya berjaya pujuk diri dan 'pecah tembok' untuk membuat perubahan kepada jenama servis saya. Sampai bila saya hendak bertahan dan kekal di tahap lama, kan? Saya kena 'berubah' untuk kekal relevan dan dapat bersaing secara profesional dengan lambakan freelance designer yang ada dalam pasaran di Malaysia ni.
Mungkin akan ada yang berpendapat bahawa upah saya 'mahal' sebab dah lama dalam bidang ni. Jangan risau, rate card saya sangat berpatutan dengan pengalaman dan hasil kerja saya. Yang pasti anda akan berpuas hati dan takkan kecewa. Saya akan pastikan 'pilihan' yang anda buat dengan memilih saya sebagai designer adalah berbaloi. InsyaAllah.
Shahada Fauzi
Senior Creative Designer
Senior Creative Designer


0 Comments
Drop Me A Love Notes