Dulu, saya selalu fikir design layout buku hanyalah kerja teknikal. Susun teks, letak gambar dan pilih font yang sesuai. Tapi semakin banyak projek yang saya kendalikan, saya sedar… setiap buku sebenarnya ada jiwa sendiri.
Setiap helaian bukan sekadar kertas bercetak. Ia membawa mesej, pengalaman dan emosi. Tugas saya adalah memastikan mesej itu sampai dengan cara yang paling indah dan mudah difahami.
Sepanjang tempoh ini, ada beberapa jenis buku yang pernah saya design. Dari yang mungkin orang anggap projek design yang biasa-biasa saja. Tapi bagi saya, itulah pengalaman paling berharga yang mendidik saya meneroka dunia design layout buku.

Buku Program: Menghormati Setiap Detik
Bila design buku program, perkara pertama yang saya fikir adalah perjalanan majlis itu sendiri. Bagaimana tetamu akan membaca atur cara? Adakah semuanya jelas dan tersusun?
Setiap perubahan saat akhir, contohnya VIP bertukar atau jadual berganjak, mengajar saya untuk lebih fleksibel. Dan apabila naskhah siap dicetak dengan margin tepat dan warna yang sempurna, ada rasa lega yang sukar digambarkan.
Buku program bukan sekadar kertas. Ia cermin profesionalisme dan keindahan sebuah majlis.
 |
Buku Program hasil sentuhan tangan saya
|
Buku Minit Mesyuarat Agung: Keindahan Dalam Kekemasan
Buku minit mesyuarat nampak biasa, tetapi di sinilah seni halus muncul. Heading perlu jelas, nombor tersusun, dan jarak tidak terlalu rapat. Satu kesilapan kecil boleh mengubah keseluruhan dokumen.
Saya belajar bahawa layout bukan sekadar menarik perhatian, tetapi mencipta rasa tenang ketika membaca. Kekemasan adalah seni yang tersirat.
Pengalaman saya dalam design buku minit mesyuarat ni bermula ketika saya bekerja sebagai IT Officer di Persatuan Alumni USM. Dari situ, apabila sudah meletakkan jawatan, saya menggunakan kemahiran yang ada dengan mengambil upah untuk membuat buku minit mesyuarat untuk NGO yang berminat menggunakan khidmat saya.
Mungkin ada yang mempertikaikan kenapa perlu design cantik-cantik buku minit mesyuarat? Membazir. Tahukah anda, sekarang buku minit mesyuarat tidak perlu pun dicetak. Boleh dimuat turun ke platform tertentu dan link di kongsi kepada semua untuk diakses. Jadi, adalah sangat berbaloi untuk design buku minit mesyuarat yang cantik dan kemas.
Contoh Buku Minit Mesyuarat yang pernah saya design
Buku Membaca Kanak-Kanak: Dunia Warna & Rasa Ingin Tahu
Design untuk kanak-kanak memerlukan imaginasi dan kesabaran. Font lebih besar, warna ceria tapi seimbang, dan ruang putih yang cukup. Ini supaya mata kecil mereka tidak cepat penat.
Setiap ilustrasi dan susunan teks dibuat dengan harapan seorang anak kecil akan tersenyum, teruja, dan terus membuka halaman demi halaman. Layout yang baik boleh menyalakan minat membaca. Dan itu adalah hadiah paling manis dari projek ini.
Semasa saya design buku ini, saya membayangkan diri sebagai seorang kanak-kanak. Suka tengok gambar yang comel dengan warna yang ceria. Selain itu, font mesti saiz yang besar, comel dan memudahkan saya untuk membaca. Susunan juga mesti kemas tersusun dan tidak sarat atau terlalu serabut.
Memandangkan saya seorang yang sangat teliti dan terlalu perfectionist, saya memastikan hasil design saya sangat terbaik seperti saya sendiri yang ingin membaca buku tersebut.
 |
| Buku Membaca Kanak-kanak yang saya pernah susun atur |
Buku Latihan Matematik: Ruang Untuk Berfikir
Buku latihan membawa cabaran tersendiri. Soalan mesti jelas, ruang jawapan cukup, dan grid tepat supaya murid tidak keliru.
Kesederhanaan adalah kunci utama. Terlalu banyak elemen visual boleh mengganggu fokus. Saya belajar bahawa layout yang baik bukan yang paling cantik, tetapi yang paling membantu.
Semasa peringkat awal membuat tugasan ini, saya berasa sedikit tertekan untuk memastikan layout tersusun dengan kemas. Ini kerana buku latihan tersebut mempunyai muka surat yang terlalu banyak. Walau bagaimana pun, saya berjaya atasi rasa tersebut apabila telah mendapat rentak. Dan alhamdulillah saya dapat deliver tugasan ini dengan baik.
 |
| Buku Latihan Matematik yang pernah saya susun atur |
Cabaran Yang Membentuk Saya
Secara jujurnya, tidak semua proses berjalan lancar. Perubahan last minute, fail berat, margin cetakan lari dan banyak lagi yang berlaku tanpa diduga. Namun semuanya adalah sebahagian daripada perjalanan. Saya hadapi cabaran tersebut secara positif.
Setiap cabaran juga telah mengajar saya untuk lebih teliti, sabar, dan memahami proses dari awal hingga akhir. Designer bukan sekadar bekerja dengan perisian; kami bekerja dengan kepercayaan.
Setiap Buku Ada Ceritanya
Hari ini, saya melihat layout buku dengan cara yang berbeza. Setiap buku mempunyai tujuan dan setiap pembaca ada keperluan tersendiri. Tugas saya adalah menjadi jambatan antara isi dan pembaca supaya mesej sampai dengan jelas, lembut, dan bermakna.
🤍 Ingin Hasilkan Buku Yang Lebih Bermakna?
Setiap naskhah mempunyai cerita dan tujuan tersendiri. Dan dengan susunan yang tepat, mesej itu boleh sampai dengan lebih jelas, lebih tenang dan lebih menyentuh hati.
Jika anda mencari layout yang bukan sekadar cantik, tetapi disusun dengan pemahaman, ketelitian, dan hati yang peduli, saya sedia membantu.
✨ Mulakan Projek Anda | Bincang Idea Buku Anda
Bagi saya, setiap halaman yang disusun dengan baik adalah satu langkah kecil menuju pengalaman membaca yang lebih bermakna.
Shahada Fauzi
Senior Creative Designer
0 Comments
Drop Me A Love Notes