Assalamualaikum. Hai!


Sekarang ni saya dalam proses nak update semua portfolio kerja design yang saya dah buat sepanjang 7 tahun ni peringkat demi peringkat masuk dalam blog ni. Banyak sangat tu tak la jugak. Tapi jenuh jugak la nak edit masukkan satu persatu. Nak buat kemas-kemas bagi sedap mata orang yang nak membelek nanti. Lagipun saya ni spesis cerewet. Nak nampak tersusun dan kemas.


Alhamdulillah walaupun takda la terer mana sangat skill design saya sebab saya belajar degree dulu pun bukan core subjek graphic design, tapi boleh la sikit-sikit. Dulu masa study degree Teknologi Multimedia tu, banyak jugak subjek yang saya belajar. Animasi 2d, animasi 3d, design web, buat sistem, programming. Eh, macam-macam la jugak. Kira ada ilmu dan kemahiran sikit la sebab dah belajar kan. Sebab tu saya buat freelance job ni. Sayang nak tinggalkan bidang ni sebenarnya. Sebab memang minat kan.




Jadi bila berjinak buat kerja freelance ni, portfolio tu kena ada. Kena kemaskini time by time. Baru nampak macam strong sikit client nak tengok pun. Boleh tengok jugak peningkatan hasil kerja. Makin bagus atau makin ke laut dalam. Tapi rasanya makin meningkat dan elok la kot hasil kerja sendiri. Eh eh..perasan betul! Hihi.


InsyaAllah, nanti dah siap update sepenuhnya saya akan maklumkan juga. Jadi boleh la belek satu persatu hasil kerja saya kat bahagian PORTFOLIO.