Assalamualaikum. Hai!
Baiklah. Hari ni saya nak ulas tentang topik ni. Mungkin pandangan saya ada betulnya dan ada yang tak berapa nak tepat. Tapi sebagai seorang yang pernah belajar bidang ni, berkerja dalam bidang ni juga dengan sebuah organisasi satu masa dulu dan kini bekerja sendiri sebagai seorang freelance designer serta ada buat bisnes online, inilah pandangan saya tentang topik ni.
Biasa kan ternampak iklan yang galakkan individu yang buat bisnes untuk bina website? Kalau website biasa (land page) mungkin takda masalah pada pandangan saya. Tapi ini website e-commerce. Berbeza ye website biasa (land page) dengan website e-commerce. Persoalannya, WAJIB ke kalau bisnes kena ada website e-commerce?
Jawapan nya bergantung pada skala bisnes awak. Bisnes awak ada sebuah company yang besar atau sekadar bisnes online kecil-kecilan. Itu key point utama untuk menjadi titik tolak keperluan membina website e-commerce.
Kalau company besar, adalah sangat berbaloi dan perlu untuk buat satu website e-commerce. Yang lengkap dengan semua features. Ada payment gateway yang customer boleh buat transaksi online directly. Bila ada website e-commerce, mudah sikit staf awak nak handle order yang akan keluar. Takde la kelam kabut sangat. Company besar selalunya order sehari yang masuk bukan sikit-sikit. Betul tak? Lagipun nampak macam 'gah' sikit bisnes awak tu. Jadi, yang ini saya sangat syorkan dan galakkan buat sebuah website e-commerce. 👍🏼
Andai kata awak cuma bisnes kecil-kecilan, takda staf dan handle sendiri je bisnes awak tu, tak buat website e-commerce pun tak berdosa aih. Bukan keperluan awak lagi. Kalau nak jugak macam ada 'website' khas untuk bisnes awak, boleh je buat blogshop simple-simple. Kat situ boleh create awareness tentang produk apa yang awak duk niagakan. Contohnya macam blogshop saya ni ➡️ KIOSK GOJES
Kenapa Saya Cuma Galakkan Pada Bisnes Yang Besar Sahaja Tidak Pada Yang Bisnes Kecil-kecilan?
Website e-commerce perlukan komitmen yang tinggi. Dari segi maintenance, yuran hosting dan payment gateway. Dan dah tentu la bukan awak yang handle sendiri semua ni melainkan awak ada kemahiran. Kena 'hire' someone yang pakar dalam bidang ni untuk handle kalau awak takda kemahiran. Modal memang besar. Sumpah tak tipu. Kalau bisnes awak masyuk, takde masalah. Just go with it! Berbaloi.
Kalau yang kecik-kecik ni, kita boleh je gunakan platform e-commerce sedia ada yang free. Banyak sangat! Contohnya shopee, lazada, PG Mall dan lain-lain dengan buka kedai online kat situ. Senang nak handle. Jaga je kedai kita tu. Tak payah poning kepalo pasal komitmen yang makan modal tu. Jangan la rasa macam kita ni meminjam. Dah memang platform disediakan untuk berniaga, kita gunakan je sebaiknya. Lagipun kan, banyak je company besar-besar gunakan juga platform ni tau. 😉
Sebab apa saya tulis pasal ni?
Sebenarnya kekadang saya serba salah bila ada yang bisnes online kecik-kecik je tanya pasal nak buat website e-commerce. Lepas tu mostly ingat modal nak buat tu sikit je. Tak main ribu riban. Adoii. 😌
Saya sendiri pun tak buat website e-commerce khas untuk bisnes online saya. Just buat blogshop kat platform blogger. Sebab saya takde modal besar nak labur untuk website e-commerce. Lagipun saya bisnes online kecil-kecilan je. Huhu.
Kalau korang nak tahu, bila dah buat website e-commerce korang still kena buat marketing untuk bagi orang sedar kewujudan website e-commerce korang tu. WAJIB. Contohnya macam upah blogger @ influencers untuk review, buat fb ads dan memacam cara lagi. Semua tu modal jugak. Kalau tak buat, apa yang akan jadi dengan website e-commerce korang? 'Keras kejung' la jawabnya. Takde trafik masuk apatah lagi orang datang nak membeli.
Lagi satu kan, bukan semua pandai shopping direct kat website tau. Nak transfer duit pun kadang ada yang tak tau lagi tapi teringin nak membeli online. Wujud tau golongan ni. Jangan tak tau eh. Sebab tu kena ada kedai fizikal jugak bagi bisnes yang besar. Boleh walk in. Ada yang buat servis cod, hantar barang baru bayar pun ada. Pasal ada golongan yang itu la. 😅
Sekian, bebelan yang panjang lebor dari saya freelance designer yang biasa-biasa je. Bukan nak sekat rezeki company atau freelance designer yang ambik servis buat website e-commerce tau. Cuma nak 'celik' kan mata sesetengah orang yang mungkin tak jelas pasal ini. Kesian jugak kat dorang yang bisnes kecil-kecil tu.
0 Comments
Drop Me A Love Notes