Assalamualaikum. Hai!


Dah bulan Mac 2019 baru CikSha terhegeh-hegeh nak update blog ni semula. Lama terbiar sepi dari bulan November 2018. Konon nak update portfolio secara berperingkat. Tapi tak ado jugak di update nye. Maaf la ye wahai potential client. Bizi sesangat CikSha hangpa ni. Padahal asyik la duk bertangguh dari sehari ke sehari. Huhu.


Kalau ikutkan berderet je design yang duk buat walaupun tak la berduyun-duyun. Tapi tu la. Bila asyik bertangguh nak update, lama-lama jadi tukun dah portfolio tu. Teruk betoi la CikSha hangpa ni. Macam mana la nak maju kan? My bad.




Kerja design pun ada lagi yang duk beratur. Buat selow selow sebab tak dapat nak bagi tumpuan sepenuhnya dengan keadaan kesihatan yang tak berapa mengizinkan anak beranak. Dulu rileks je boleh berjaga tak tido nak siapkan job. Sekarang tak mampu dah. Mungkin faktor usia sama. Pantang letak kepala kompom hilang. Alahai.


Sebenarnya ni salah sendiri jugak tak pandai nak atur masa dengan baik. Kalau tak cuba jugak urus masa sampai ke sudah tak boleh buat apa-apa pun kan? Hmmm. Tu la ni CikSha sedang belajar mengurus masa. Ni dah bulan Mac baru kesedaran tu mai bertandang. Semoga terus kekal istiqamah la nak berubah ni.


InsyaAllah start hari ni CikSha akan masukkan satu persatu gambar portfolio design. Biar buat sikit-sikit janji siap dan ada la jugak client nak tengok hasil kerja nye. Ni masuk sini apa pun tarak lagi. Maafkan saya. I'll try my best to update time by time.