Dulu RSCreative Design, Sekarang SF Design Lab

Assalamualaikum. Hai!


Buat yang dah lama follow saya kat blog personal , mesti dah tahu pasal kerja freelance design yang saya duk buat ni. Lama dah sebenarnya. Dari tahun 2010 lagi. Bermula secara underground, sampai la dah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kerja ni saya buat secara part time  je masa tu. Sebab dulu masih bekerja dengan sebuah NGO under Universiti Sains Malaysia. Kena fokus lebih kepada kerja hakiki la.


Tapi bila dah berkahwin, saya terpaksa berhenti kerja di NGO tersebut sebab kena follow suami tinggal di Terengganu. Kerja freelance design  ni pun saya hold sebab mengandung. Ada la dalam setahun lebih jugak menyepi dari buat kerja ni. Hilang arah kejap. Lepas tu baru start balik sebab dah kebosanan duduk rumah jadi surirumah. Padahal orang dah biasa pegang duit kan. Itu yang menggagau nak start balik buat kerja freelance ni.


Dulu saya guna RSCD a.k.a RSCreative Design sebagai jenama. RSCreative tu ambik dari nama kompeni RSCreative Enterprise yang saya daftarkan untuk kerja ni. Lepas tu tambah Design je kat belakang. Sekarang dah tukar ke SF Design Lab. Bersempena nama saya sendiri Shahada Fauzi (SF).


Kenapa? Sebab saya buat kerja ni kan secara lone ranger. Jadi guna nama sendiri je la. Tapi tukar pi la nama jenama apa pun, tetap la kerja ni berdaftar di bawah RSCreative Enterprise. Jadi, jangan le takut na. Saya buat kerja secara legal tau. Dah tak underground  lagi. Takut aih kena saman. Hihi.


Saya masih buat kerja ni secara part time. Sebabnya pepaham je la kalau bekerja dari rumah ni. Cabaran dia tu fuhhhh boleh keluar peluh jantan. Masih kena fokus dengan kerja hakiki sebagai seorang surirumah yang kerjanya takkan pernah habes. Lepas tu, saya ada 3 ketoi askar kecik nak kena bagi perhatian istimewa. Maklum le depa belum sekolah lagi. Ada pulak sorang yang extra special tu. Oh, sebenarnya saya ada anak istimewa Sindrom Down.


Jadinya, pada yang berhajat nak upah saya yang tangan sakti bila buat design  ni, memang wajib ada tahap kesabaran yang super tinggi tau. Kerja saya memang lambat. Secara jujur nya saya berterus terang. Memang tak ambik kerja yang rushing. Saya buat kerja ni rileks rileks je. Takmau tekanan. Baru la hasil kerja saya meletop-letop. Gituuu. Perasan sangat! Hihi.


Terima kasih pada semua clients yang pernah berurusan dengan saya. Anda semua memang super cool sebab boleh sabar dengan ke'siput'an saya buat kerja. Pada yang bakal nak jadi clients tu pun harapnya lagi awesome  tahap kesabaran tu. Hihi. Love ya!


1 Comments

Drop Me A Love Notes

Oldest

BRAND CREATION, CREATIVE DESIGN & STYLISH IDENTITY

Berminat nak upah saya? Hubungi saya untuk perbincangan dengan klik button di bawah.