Lain-lain Tempahan



Sekiranya ada permintaan yang memerlukan proses design seperti :
  • buku aturcara majlis
  • company profile
  • kad jemputan majlis 
  • cover buku
  • lain-lain
boleh la cuba tanya dan request dulu ok. Mana la tahu saya boleh membantu selesaikan dilema anda tu. Ecewah! Hihi.


TERMA & SYARAT TEMPAHAN

1) Nyatakan maklumat lengkap seperti berikut :
  • Produk :buku aturcara majlis, company profile, kad jemputan, cover book, lain-lain
  • Maklumat : nama / telefon / tarikh / tempat / masa / info yang difikirkan perlu
  • Konsep : Simple, modern dan lain-lain

2) Jenis design yang diingini :
  • Perkataan & Grafik [boleh lampirkan grafik seperti kartun atau apa sahaja yang anda mahu]
  • Perkataan & Foto [sila lampirkan gambar yang bersaiz besar]

3) Proses design :
  • Design boleh serahkan 100% kepercayaan kepada saya [jika mahu]. Saya akan design sample dan akan hantar untuk semakan anda. Maklumkan sekiranya terdapat kesilapan atau mahu perubahan dan penambahbaikan akan dilakukan mengikut permintaan. 
  • Penambahbaikan boleh dibuat sehingga anda berpuas hati tanpa sebarang cas tambahan. Maximum permintaan untuk penambahbaikan adalah sebanyak 2 kali. 
  • Tetapi sekiranya design berubah 100%, cas design baru akan dikenakan. Jadi sila bagi arahan yang jelas design yang macam mana anda inginkan.
  • Seeloknya anda beri draft atau contoh design yang anda mahukan.

4) Hasil design :
  • Saya design menggunakan perisian Adobe Photoshop
  • Jenis fail yang terhasil adalah berbentuk jpg/pdf

5) Penghantaran :
  • Design yang sudah siap akan dihantar melalui email.
  • Sekiranya customer minta untuk printing, penghantaran akan dibuat melalui pos laju dan cas yang dikenakan bergantung kepada berat dan kuantiti.

6) Proses printing:
  • Printing mungkin dibuat oleh saya sendiri @ akan dihantar di kedai.
  • Cas printing oleh saya bergantung kepada harga catridge dakwat yang digunakan kerana saya hanya menggunakan printer scanner berjenama HP dan dakwat hitam sahaja.
  • Cas printing di kedai bergantung kepada harga printing di kedai yang design dihantar. Saya akan cuba mencari kedai yang memberikan servis printing yang berkualiti dengan harga yang rendah dan terbaik.

7) Tempoh siap :
  • Untuk proses design, bergantung kepada design dan idea. Kebiasaannya mengambil masa 1-4 hari.
  • Untuk proses printing, tempoh bergantung kepada kedai dan proses penghantaran bergantung kepada pihak pos.

8) Pembayaran (payment) :
  • Sekiranya confirm tempahan, pembayaran untuk design perlu dibuat secara full payment.
  • Sample design akan dihantar terlebih dahulu untuk pengesahan. Setelah bersetuju dengan sample tersebut, design sebenar akan dihantar ke email @ proses printing akan dibuat (sekiranya ada permintaan). 
  • Sebelum produk yang siap dicetak dihantar, customer perlu membuat payment selebihnya untuk cas printing dan pos terlebih dahulu.
  • Nombor akaun untuk pembayaran akan diberikan melalui whatsapp/facebook messenger. Invois juga akan diberikan.

Sweet Reminder !
  • Saya tak ambil rush order.
  • Wajib bersabar sebab kena ikut giliran
  • Kerja saya bergantung kepada cara kita berurusan dan mungkin sedikit slow sebab saya takda jadual tetap memandangkan kerja di rumah yang banyak dugaannya. Sabor je la ye. Ampunnn.

Terima kasih diucapkan sekiranya anda berminat untuk mendapatkan servis dari saya. InsyaAllah saya akan cuba berikan yang terbaik. (^_^)




https://www.sf-designlab.com/p/blog-page_6.html
 

BRAND CREATION, CREATIVE DESIGN & STYLISH IDENTITY

Berminat nak upah saya? Hubungi saya untuk perbincangan dengan klik button di bawah.