Website




TERMA & SYARAT TEMPAHAN

1) Nyatakan maklumat lengkap seperti berikut :
  • Konsep : simple, modern, profesional dan lain-lain
  • Warna tema

2) Kategori Web :
  • Web Blog
  • Company Profile
  • Corporate Website

3) Proses design :
  • Boleh bagi draft  sendiri atau link mana-mana blog/web yang anda suka sebagai contoh. Saya tidak akan tiru 100% bagi menghormati hak designer blog/web tersebut tapi boleh berikan sebagai guideline.
  • Design juga boleh serahkan 100% kepercayaan kepada saya [jika mahu]. Saya akan design dan minta anda buat semakan. Maklumkan sekiranya terdapat kesilapan atau mahu perubahan. Penambahbaikan akan dilakukan mengikut permintaan. 
  • Penambahbaikan boleh dibuat sehingga anda berpuas hati tanpa sebarang cas tambahan. Maximum permintaan untuk penambahbaikan adalah sebanyak 2 kali. 
  • Tetapi sekiranya design berubah 100%, cas tambahan akan dikenakan. Jadi sila bagi arahan yang jelas design yang macam mana anda inginkan.

4) Tempoh siap :
  • Bergantung kepada design dan idea. Paling cepat dalam tempoh seminggu (jika saya tidak sibuk dan tiada apa-apa masalah).

5) Pembayaran (payment) :
  • Sekiranya confirm tempahan, pembayaran penuh perlu dibuat.
  • Nombor akaun untuk pembayaran akan diberikan melalui medium yang anda berhubung dengan saya (FB/Email/Whatsapp).


Sweet Reminder !
  • Saya tak ambil rush order.
  • Wajib bersabar sebab kena ikut giliran.
  • Kerja saya bergantung kepada cara kita berurusan dan mungkin sedikit slow sebab saya takda jadual tetap memandangkan kerja di rumah yang banyak dugaannya. Sabor je la ye. Ampunnn.


Terima kasih diucapkan sekiranya anda berminat untuk mendapatkan servis dari saya. InsyaAllah saya akan cuba berikan yang terbaik. (^_^)



https://www.sf-designlab.com/p/blog-page_6.html

BRAND CREATION, CREATIVE DESIGN & STYLISH IDENTITY

Berminat nak upah saya? Hubungi saya untuk perbincangan dengan klik button di bawah.