TERMA & SYARAT TEMPAHAN

1) Berikan maklumat lengkap seperti berikut :
  • Jenis sistem : Sistem Pendaftaran / Sistem Carian Maklumat / etc
  • Data sistem : Boleh berikan dalam bentuk excel/access (jika ada)
  • Lain-lain : Boleh berbincang dari semasa ke semasa

2) Proses design :
  • Design sistem boleh serahkan 100% kepercayaan kepada saya @ berikan gambaran rekabentuk sistem yang menepati kehendak anda. Saya akan design dan minta anda buat semakan. Maklumkan sekiranya terdapat kesilapan atau mahu perubahan. Penambahbaikan akan dilakukan mengikut permintaan. 
  • Penambahbaikan boleh dibuat sehingga anda berpuas hati tanpa sebarang cas tambahan. Maximum permintaan untuk penambahbaikan adalah sebanyak 2 kali. 
  • Tetapi sekiranya design berubah 100%, cas tambahan akan dikenakan. Jadi sila bagi arahan yang jelas design yang macam mana anda inginkan.

3) Tempoh siap :
  • Bergantung kepada sistem yang dibangunkan. Jika banyak data yang perlu dimasukkan mungkin mengambil masa yang panjang. Jika tiada data yang perlu saya masukkan, cuma membangunkan sistem sahaja mungkin masa yang diambil lebih singkat.

4) Pembayaran (payment) :
  • Sekiranya confirm tempahan, pembayaran 50% deposit perlu dibuat. Baki selebihnya perlu dibayar setelah sistem siap dibangunkan. Sistem akan diserahkan selepas bayaran penuh selesai.
  • Nombor akaun untuk pembayaran akan diberikan melalui medium yang anda berhubung dengan saya (FB/Email/Whatsapp).


Sweet Reminder !
  • Saya tak ambil rush order.
  • Wajib bersabar sebab kena ikut giliran
  • Kerja saya bergantung kepada cara kita berurusan dan mungkin sedikit slow sebab saya takda jadual tetap memandangkan kerja di rumah yang banyak dugaannya. Sabor je la ye. Ampunnn.


Terima kasih diucapkan sekiranya anda berminat untuk mendapatkan servis dari saya. InsyaAllah saya akan cuba berikan yang terbaik. (^_^)



https://www.sf-designlab.com/p/blog-page_6.html